Penafian itu dibuat selepas LHDN menerima aduan orang ramai yang menerima emel daripada ‘[email protected]’.
“Bayaran balik cukai pendapatan hanya diproses berdasarkan maklumat pembayar cukai dalam pangkalan data agensi itu sahaja.
“E-mel palsu berkenaan mengehendaki pembayar cukai memasukkan maklumat perbankan mereka dan akan dipautkan dengan paparan laman web palsu perbankan pilihan mereka.
“LHDN menjangkakan e-mel palsu ini sedang berlegar di internet dan menasihatkan semua pembayar cukai berhati-hati, tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam e-mel berkenaan.
“Pembayar cukai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDN berhampiran untuk pengesahan dan maklumat lanjut. Nombor talian cawangan LHDN ada di www.hasil.gov.my,” katanya, lapor Berita Harian.
Setakat jam 3 petang tadi, LHDN menerima 17 panggilan daripada pembayar cukai untuk mengesahkan e-mel terbabit.
