Dalami isu kartel daging sebelum buat keputusan tubuh RCI, kata Zulkifli

Dalami isu kartel daging sebelum buat keputusan tubuh RCI, kata Zulkifli

Menteri di JPM, Zulkifli Mohamad, berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa kementerian dan JAKIM.

Menteri di JPM Zulkifli Mohamad, di sebuah kilang di Segambut untuk lawatan kerja berkait isu kartel daging.
KUALA LUMPUR:
Isu kartel daging perlu didalami lagi menerusi perbincangan melibatkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM, dan beberapa kementerian sebelum keputusan dibuat mengenai penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Menteri di JPM, Zulkifli Mohamad, bagaimanapun berkata perbincangan itu tidak akan mengambil masa yang lama.

“Saya tidak kata perlu dan saya tidak kata tidak. Sebab perkara ini perlu didalami lebih baik lagi,” kata Menteri di JPM, Zulkifli Mohamad, menjawab gesaan daripada beberapa pihak yang mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu kartel daging secara menyeluruh.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat sebuah kilang proses makanan sejuk beku di Segambut.

Gesaan itu selepas terbongkarnya kartel yang menyeludup dan membungkus daging sejuk beku ‘misteri’ dari China, Ukraine, Brazil, dan Argentina dengan lambang halal.

Kartel itu, yang bergiat selama lebih 40 tahun, dikatakan dilindungi pihak tertentu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.