Adik Zayn Rayyan pulang ke pangkuan bapa dengan syarat mahkamah

Adik Zayn Rayyan pulang ke pangkuan bapa dengan syarat mahkamah

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Azmir Kasim berkata perkara itu diputuskan mahkamah dalam satu prosiding hari ini.

Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin sebelum ini diletakkan di bawah jagaan nenek saudara mereka sejak 18 bulan lalu dan kini diserahkan kembali kepada bapanya Zaim Ikhwan Zahari, 30. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin yang sebelum ini diletakkan di bawah jagaan nenek saudara mereka sejak 18 bulan lalu kini diserahkan kembali kepada bapanya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kasim, berkata perkara itu diputuskan mahkamah dalam satu prosiding hari ini.

“Benar dia sudah kembali di bawah jagaan bapanya, dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak mahkamah petang tadi.

“Antaranya ialah JKM perlu dibenarkan untuk membuat lawatan ke atas kanak-kanak itu dan kita akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Shah Alam dilaporkan telah membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun itu kembali di bawah jagaan bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 30.

Sebelum ini media melaporkan hak penjagaan sementara adik kanak-kanak autisme itu diserahkan kepada nenek saudaranya bermula 9 Ogos 2024.

Ibu dan bapa Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, dan Zaim Ikhwan didakwa tahun lalu kerana mengabaikan anak mereka dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Zaim telah dibebaskan pada Julai lalu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 31 Oktober lalu, Ismanira didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya itu dua tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Zayn dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis 2023, sebelum ditemui mati keesokan harinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.