
SKMM memaklumkan keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pengesahan daripada X bahawa langkah diperlukan telah dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.
Menurutnya, mesyuarat diadakan 21 Jan lalu melibatkan Kementerian Komunikasi, SKMM dan wakil X bagi mendapatkan penjelasan serta komitmen berkaitan penggunaan aplikasi itu.
“Dalam mesyuarat tersebut, pihak X telah mengesahkan pelaksanaan langkah keselamatan tambahan terhadap aplikasi Grok, termasuk aspek pencegahan dan pematuhan perundangan,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan penjelasan dan pengesahan awal mereka, SKMM memutuskan untuk menarik balik sekatan akses sementara terhadap aplikasi itu, namun tertakluk kepada pemantauan berterusan pihak berkuasa.
Tegasnya, keselamatan pengguna kekal keutamaan dan ia memberi amaran sebarang kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang akan ditangani secara tegas mengikut undang-undang.