PM ajak umat Islam hayati Ramadan dengan semangat mujahadah

PM ajak umat Islam hayati Ramadan dengan semangat mujahadah

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadan yang mulia dan dirindui umat Islam.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam menghayati Ramadan dengan memahami tuntutan ibadat puasa dan amalan dalam bulan itu yang bukan semata-mata bagi memenuhi syarat dan rukun, sebaliknya mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata motivasi dalam melaksanakan ibadat sepanjang Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah iaitu usaha melawan hawa nafsu, yang bukan sahaja untuk menggapai cita-cita ukhrawi.

Anwar berkata, pada masa sama ibadat yang dilaksanakan turut meningkatkan disiplin kendiri, keinginan bekerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian.

“Puncak kenikmatan di sebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadan yang mulia dan dirindui umat Islam.

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.