HRD Corp gantung tugas 3 lagi anggota pengurusan

HRD Corp gantung tugas 3 lagi anggota pengurusan

Ketua Eksekutif Shamir Aziz berkata pengantungan itu bukan bermaksud sebarang kesalahan telah dibuktikan.

HRD
Pada 6 Feb lalu, HRDC Corp menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi susulan laporan PAC, Ketua Audit Negara dan SPRM.
PETALING JAYA:
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga lagi anggota pengurusan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus institusi dan mengekalkan keyakinan industri.

Ketua Eksekutif Shamir Aziz berkata langkah itu mencerminkan komitmen organisasi untuk meningkatkan standard tadbir urus serta memastikan sumber pembangunan tenaga kerja negara diuruskan secara telus, cekap dan bertanggungjawab.

Menurutnya, penggantungan tugas berkenaan adalah prosedur bagi memelihara kebebasan semakan dalaman yang sedang dijalankan dan tidak bermaksud sebarang kesalahan telah dibuktikan.

“Kami sedang memperkukuh sistem dalaman bagi memastikan HRD Corp dapat terus memenuhi jangkaan tersebut secara konsisten,” katanya dalam kenyataan.

Pada 6 Feb lalu, HRDC Corp menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan diambil berdasarkan penemuan dan syor berkaitan pengurusan ‘levi tidak digunakan’, pemerolehan Menara Ikhlas serta pengurusan pelaburan ekuitinya.

Agensi itu turut menjelaskan ia juga merangkumi penemuan terkini berhubung Sistem Teras Baharu (New Core System – NCS) bernilai RM14 juta yang tertangguh lebih empat tahun selepas tiga kegagalan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.